DASAR- DASAR DAN HALA TUJU PENDIDKAN ( menilai
pelaksanaan satu (1) dasar Pendidikan di Malaysia dari aspek pelaksanaan dan
pencapaian).
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Penulisan saya pada kali ini adalah mengenai
Pelaksanaan satu dasar Pendidikan di Malaysia dari aspek pelaksanan dan
pencapaian. Pelaksanaan tersebut adalah yang dinamakan sebagai DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI). Saya
akan menerangkan serba sedikit mengenai pelaksanaan ini dan menilainya.
Jadi mari kita tahu secara terperinci tentang
MBMMBI.
Apa itu MBMMBI?
Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 berikutan pemansuhan dasar
PPSMI secara beransur-ansur mulai 2011 dan berakhir sepenuhnya pada tahun 2014
adalah bertujuan untuk melahirkan generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin
menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dasar ini juga bertujuan untuk
memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu.
Bagaimanakah MBMMBI dibentuk?
MBMMBI dibentuk dengan mengadakan program
Latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi subjek Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Seterusnya guru Bahasa Inggeris dilatih bagi meningkatkan
profesionalisme guru serta dibekalkan dengan kemahiran selaras dengan
pembangunan Pendidikan nasional.
Apakah objektif MBMMBI?
·
Penerokaan ilmu
·
Pengisiannya dalam bidang kerjaya
·
Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi
·
Melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk
bertutur dan mempraktikkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
standard dalam perbualan.
Bagaimanakah objektif dasar MBMMBI dapat dilaksana dan dicapai?
Objektif MBMMBI ini dilaksanakan dan dicapai dengan amalan pendidikan di
sekolah. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah subjek yang wajib untuk semua
pelajar mempelajarinya di sekolah. Seterusnya, proses pengajaran dan
pembelajaran dalam semua matapelajaran adalah dalam Bahasa Melayu dan
sebahagiannya digunakan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, dengan dasar MBMMBI
ini semua pelajar akan menjadi fasih dan yakin dalam penggunaan Bahasa Malaysia
kerana ianya dipupuk melalui menjadikannya sebagai bahasa pengantar utama dalam
pendidikan. Menerusi penekanan dalam penggunaan Bahasa Inggeris pula,
dilihatbdapat membantu generasi baru bersaing pada peringkat antarabangsa serta
menguasai pemindahan teknologi dan maklumat. Pengukuhan Bahasa ini pada
peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaannya dalam bidang lain, termasuklah
undang-undang , penyiaran dan pelbagai sektpr lain. Akhir sekali, pembudayaan
Bahasa Malaysia dan penguasaan Bahasa Inggeris yang bermula pada peringkat
sekolah juga menjurus kepada pencapaian matlamat membentuk perpaduan kebangsaan
untuk pembangunan ekonomi negara sebagai satu kuasa baru dalam dunia global
yang dinamik dan mebcabar.
MEMARTABATKAN
BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) PENGENALAN
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
bermaksud mengangkat martabat bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Tujuan utama Memartabatkan Bahasa Malaysia
(MBM) adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa
ilmu ke arah membina negara bangsa. Tujuan utama Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBI) adalah supaya bahasa komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global. Matlamat MBMMBI adalah untuk melahirkan murid yang fasih
dan yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penguasaan murid dalam
kedua-dua bahasa tersebut diharapkan berada pada tahap tinggi. Penguasaan
bahasa ialah penguasaan secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara
keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.
PERNYATAAN DASAR
Memastikan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah. Memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa
Inggeris (BI) dengan fasih dan betul.
STRATEGI PELAKSANAAN
1) Mengangkat martabat BM dengan
menggunakannya secara meluas dan berkesan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Memperuntukkan
tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran BM dan BI di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah
antara 30 minit hingga 90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah
kebangsaan ditambah antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu
pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis kebangsaan ditambah antara 30
minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu. Memperkukuh penguasaan asas
kemahiran berbahasa murid melalui pendekatan kurikulum modular yang bersepadu,
seimbang dan holistik. Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran dan
pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur,
apresiasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi
tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berasaskan sistem
bahasa. Aktiviti ini disokong dengan bahan bacaan estetika seperti sastera
kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstruktur dan bacaan ekstensif
yang mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang indah dan berkualiti. Memastikan
BM dan BI diajarkan oleh guru mengikut opsyen sepenuhnya. Sementara guru bukan
opsyen BM dan BI akan ditempatkan semula mengikut keperluan opsyen di sekolah.
Guru-guru bukan opsyen juga akan diberikan kursus tambah opsyen. Meningkatkan
kapasiti guru melalui pelaksanaan latihan guru praperkhidmatan dan latihan
dalam perkhidmatan. Menggunakan khidmat penutur jati BI sebagai jurulatih utama
kepada pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan guru di sekolah. Di
samping itu perkhidmatan guru BI yang telah bersara diambil secara kontrak bagi
menampung kekurangan guru BI. Memperluas perkongsian dan jaringan guru hingga
ke peringkat global sebagai satu mekanisme guru berkongsi pengalaman dan
pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan
melalui forum/seminar/persidangan antarabangsa. Memperluas integrasi TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran BM dan BI. Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan
perkakasan dan perisian TMK supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN Meningkatkan penguasaan BM dan BI murid melalui program peningkatan
minat dan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa. Penyertaan menyeluruh murid
dalam aktiviti pengucapan awam seperti ucapan, syarahan, pidato, choral
speaking, perbahasan dan kepengacaraan. Memartabatkan sepuluh buah IPGM sedia
ada sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Malaysia (PKBM) dan Pusat Kecemerlangan Bahasa
Inggeris (PKBI) bagi latihan dan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan.
Lima buah PKBM ialah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur; IPG Kampus Tuanku
Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang; IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak; IPG Kampus
Ipoh, Perak dan IPGM Kampus Kent, Sabah. Manakala lima buah PKBI ialah IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu; IPG Kampus Batu Lintang, Kuching,
Sarawak; IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; IPG Bahasa Antarabangsa, Kuala
Lumpur dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur. Memantapkan
kerjasama pintar dengan agensi luar dalam meningkatkan bilangan program atau
aktiviti bahasa yang menarik.
Kemahiran
Dwibahasa
Setiap
kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap
kanak-kanak juga berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian kaum
Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing
kepada semua. Oleh itu, dalam jangka masa tertentu, semua murid dari semua
kumpulan etnik dan komuniti digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya tiga
bahasa (bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa lain seperti bahasa Mandarin,
bahasa Tamil, dan bahasa Arab, serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan
bahasa Kadazan Dusun) bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi
secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara
jiran dalam dunia global masa kini.
Sekarang
kita akan masuk pula kepada apakah pencapaian yang negara dapat berdasarkan
dasar MBMMBI ini?
Sebagai
seorang rakyat Malaysia, kita haruslah menjadi seorang yang berilmu dalam semua
bidang samaada dari segi akademik, kemahiran, sahsiah peribadi dan sebagainya.
Dengan penguasaan ilmu yang baik dalam setiap kalangan rakyat Malaysia, maka
kita akan mendapatkan begitu banyak manfaat. Negara luar juga akan memandang
tinggi kepada rakyat Malaysia.
“Menuntut ilmu dan mengabdi kepada rakyat
bukanlah dua perkara yang sepantas-pantasnya dipisahkan”
Jadi semua rakyat Malaysia
haruslah mempunyai kesedaran yang mendalam mengenai pentingya menuntut ilmu.
Disini, saya ingin
membincangkan pentingnya kita menguasai Bahasa Malaysia sebagai Bahasa ibunda
dan sekurang-kurangnya kita menguasai Bahasa kedua yang secara amnya ialah
Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu berdasarkan pelaksanaan dasar MBMMBI yang
sedang dibincangkan.
Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Jadi dengan dasar
MBMMBI diwujudkan, banyak manfaat yang dapat dicapai untuk menjadikan negara
Malaysia lebih maju dan berjaya. Profesional negara perlu cemerlang dalam
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Sekiranya mereka tidak mahir
berkomunikasi dalam bahasa Melayu, masalah komunikasi dalam pelbagai aspek
secara efektif mulai daripada peringkat bawah hingga atas, akan terganggu dan
memberi impak merugikan secara berpanjangan kepada rakyat dan negara.
Setiap warganegara Malaysia yang menetap dan mengaku
dirinya rakyat Malaysia mesti menguasai dan boleh berkomunikasi dengan baik
dalam bahasa Melayu. Seseorang yang mengaku dirinya warga Malaysia mesti secara
ikhlas dan jujur menyanjung tinggi penghormatan sebagai seorang rakyat Malaysia
kerana di sinilah bumi dipijak. Jangan kerana segelintir permintaan dan
tuntutan, maka kita korbankan bahasa. Elemen patriotisme terhadap bahasa
kebangsaan sebagai 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan bahasa penyatuan perlu ada dalam
setiap sanubari rakyat. Bahasa Melayu mesti dimartabatkan dan menjadi penyatu
kepada rakyat yang berbilang agama, kaum dan budaya di negara tercinta,
Malaysia.
Bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan
bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya
masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung dengan
syarat masyarakat dapat menguasai bahasa Inggeris. Malahan, mereka juga dapat
memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang
disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan
surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat
teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat
dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang
terungkap dalam laman web. Jadi, bahasa Inggeris haruslah dipandang berat
kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.
Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat
mustahak untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan
mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk
kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara
mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal
ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu,
kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa
Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini,
kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa
Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam
menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang
perniagaan.
Disediakan oleh: `Ainaa Nursafwanah Bt Shamsul Akmar (D20202096858)
No comments:
Post a Comment