Hubungkait Di Antara
Falsafah Pendidikan, Dasar Pendidikan dan Sistem Pendidikan Ke arah Pemantapan
Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Berikut merupakan komponen-komponen yang berada di dalam bidang
pendidikan dan definisinya :-
Komponen |
Definisi |
Falsafah |
Berasal dari perkataan
Yunani iaitu Philosphia yang merupakan gabungan antara elemen Philos (Cinta) dan
Sophia (Bijaksana), maka terjadilah maksudnya = Cinta akan Kebijaksanaan
.Falsafah juga adalah ibu kepada semua ilmu pengetahuan,tanpa falsafah maka sesuatu ilmu
itu dianggap tidak lengkap. |
Pendidikan |
Usaha sistematik yang
disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan
pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha
memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri
manusia. |
Falsafah Pendidikan |
Suatu proses yang
mempunyaidua hujung yang saling berkait iaitu mendidik dan pendidik. Pendidik
(guru-guru) mempunyai falsafah yang tersendiri melaksanakan proses mendidik
untuk mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada
yang dididik. |
Dasar Pendidikan |
Formulasi idea-idea
sebagai suatu garis panduan untuk tindakan. Dalam pendidikan, dasar-dasar
yang dibina menjadi panduan ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan sesuatu dasar pendidikan melibatkan aspek perundangan yang
telah disahkan. |
Sistem Pendidikan |
Sistem Pendidikan mempunyaidan
mengandungi banyak komponen yang saling berinteraksi. Sistem pendidikan yang
berjaya ialah apabila semua komponen saling bergabung dan menyokong antara
satu sama lain. Sistem yang sedang bergerak tidak boleh diganggu kerana boleh
menyebabkan sistem yang sedang beroperasi mengalami kerosakan dan kemusnahan
Sistem pendidikan perlu sentiasa diberi perhatian dan ditambahbaik agar
sentiasa dapat bergerak dengan lancar ke arah mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. |
Seterusnya kita akan melihat pula kepada Hubungkait Di Antara
Falsafah Pendidikan, Dasar Pendidikan dan Sistem Pendidikan ini Ke arah
Pemantapan Perkembangan Pendidikan di Malaysia :-
Berdasarkan komponen-komponen di atas
dalam bidang pendididkan ini, masing-masing mempunyai peranan yang
tersendiri.Namun Masing-masing komponen tersebut juga saling melengkapi dan
berkait rapat untuk menjamin keberkesanan sistem pendidikan di negara Malaysia
ini. Hubungkait antara komponen falsafah, pendidikan, falsafah pendidikan,
dasar pendidikan dan sistem pendidikan ini juga akan menjadikan pendidikan di
negara ini lebih sistematik., saling berkait dan melengkapi satu sama lain
dalam mencapai matlamat yang ingin dituju.
Komponen yang pertama
merupakan Komponen falsafah yang menjadi satu asas kepada semua ilmu yang ada
di dunia ini. Komponen falsafah dalam pendidikan ini juga merupakan hasil
pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai persoalan dan dari pelbagai sudut
serta melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan itu. Hal ini dapat
dilihat pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan kepada usaha
untuk memperkembangkan potensi seseorang individu itu secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan dapat difahami dengan
lebih tertib dengan akronim (IREJ).
Seterusnya, setelah mempunyai asas yang teguh daripada
komponen falsafah, barulah sesuatu dasar dapat digubal dalam bidang pendidikan.
Hal ini kerana, dasar merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk
tindakan. Pelaksanaan sesuatu dasar ini membabitkan persoalan perundangan dan
penggubalan yang baru. Sebagai contoh, Dasar Pendidikan Percuma (DPP) yang
terdapat dalam pendidikan bidang pendidikan di Malaysia yang telah dlilhat
dapat memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia tidak kira latar
belakangnya.
Berikutnya, apabila sesuatu dasar telah ditubuhkan dan
termaktub dalam undang-undang, maka sistem pula didirikan bagi melaksanakan
dasar dan falsafah tersebut dan bagi mencapai sesuatu matlamat dan tujuan sistem
itu diadakan. Hal ini kerana, sesuatu sistem itu mempunyai komponen-komponen
yang rumit dan kompleks. Pelaksanaan sistem yang berjaya apabila semua komponen
salaing bergabung dan menyokong antara satu sama lain seperti sistem pendidikan
peringkat pra -sekolah, peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat
pendidikan khas.
Oleh itu, berdasarkan huraian di atas
dapat disimpulkan di sini bahawa komponen falsafah, dasar, sistem pendidikan
ini walaupun dilihat secara yang berbeza dengan fungsinya yang berbeza antara
satu sama lain, namun hakikat pelaksanaannya adalah satu. Ketiga -tiganya
saling berhubungkait dengan rapat untuk mencapai matlamat yang dihasratnya,
terutamanya dalam konteks pendidikan ini adalah untuk mencapai matlamat pendidikan
negara ini ke arah yang lebih maju pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Ahmad Syahir Bin Kamarul Bahrin (D20202096855)
No comments:
Post a Comment